Thursday, March 26, 2009

LAPORAN CERAMAH HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

 

 

Tarikh : 04hb Mac 2009

 

Hari : Rabu

 

Masa : 2.00 - 4.00 petang

 

Tempat : Bilik Hijau 4, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Pelajar : 8 orang (Men 5B)

 

Penceramah : Cikgu Rozaiman bin Makmun (Pensyarah UBD)

 

Guru-guru yang mengawas ialah:

1.       Cikgu Marliyana binti Abd Hamid

2.       Cikgu Yuli Duratul Ain binti Kamis

 

Laporan:

 

v           Pada permulaan sesi ceramah adalah mengenai ceramah bimbingan memahami, iaitu:

1.      Membimbing pelajar memahami teks Hikayat Awang Kamaruddin.

2.      Tujuan/matlamat/hikmah belajar sastera.

3.      Konteks perbincangan menggunakan bahasa baku.

4.      Memahami persoalan, tema, pengajaran dan nilai kemanusiaan.

5.      Lulus peperiksaan.

 

v           Kemudian penceramah membuat aktiviti kuiz yang pertama mengenai nama-nama watak yang terdapat dalam Hikayat Awang Kamaruddin melalui slaid Projector Powerpoint. Semua pelajar yang hadir akan terlibat. Penceramah akan membacakan soalan dan menyebut nama-nama pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Dengan adanya aktiviti tersebut para pelajar:

1.      berani untuk menjawab soalan sama ada betul atau salah.

2.      mendapat keseronokan kerana yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah.

3.      aktif menjawab soalan yang dibacakan oleh penceramah.

 

v           Seterusnya, penceramah menerangkan mengenai tajuk “pentingkah mengingat watak?”. Dari tajuk tersebut, penceramah mengatakan bahawa melalui watak barulah kita dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam sesebuah cerita tersebut.

 

v           Aktiviti kuiz kedua diteruskan lagi iaitu, mengenai latar penceritaan melalui slaid Projector Powerpoint. Penceramah akan menyebut nama-nama pelajar dan pelajar diarahkan untuk membaca soalan dan memberikan jawapan.Pelajar aktif dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Pelajar yang berjaya akan diberikan hadiah.

 

v           Selepas waktu rehat selama 15 minit, penceramah menyambung semula dengan aktiviti ketiga, iaitu aktiviti berkumpulan (perbincangan koperatif). Dalam aktiviti kumpulan ini:

1.      Pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan.

2.      Ahli-ahli daripada setiap kumpulan adalah daripada berlainan sekolah.

3.      Wakil daripada setiap kumpulan, iaitu ketua kumpulan akan ke hadapan membuat cabutan undi dan diberikan tajuk perbincangan mengikut nombor undian.

4.      Sebelum perbincangan, pelajar diberikan panduan untuk membuat perbincangan.

5.      Pelajar diberikan masa 10 minit untuk berbincang.

6.      Selesai Perbincangan, pembentangan akan disampaikan melalui transparensi OHP. Penceramah akan menilai hasil daripada perbincangan mereka. Diakhir sesi ceramah, kumpulan yang terbaik diberikan hadiah.

 

 

Disediakan oleh:

1. Cikgu Marliyana binti Abd Hamid

2. Cikgu Yuli Duratul Ain binti Kamis   

(12hb Mac, 2009)                                      

AKTIVITI JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU

BULAN MAC 2009

PERTANDINGAN MENAMBANG SYAIR BRUNEI ASLI

BAGI PELAJAR-PELAJAR MENENGAH 3, 4 DAN 5

 

Peraduan ini telah diadakan pada 16hb Mac 2009 bertempat di Dewan Delima, Sekolah Menengah Berakas.

 

Objektif peraduan ini diadakan ialah untuk :

i.      mengetengahkan kebolehan dan mengasah bakat pelajar.

ii.     Pelajar yang menang akan dijadikan wakil sekolah untuk menyertai pertandingan menambang Syair Brunei Asli Sekolah-Sekolah Menengah atau Maktab-maktab dan Pendidikan Swasta.

iii.   merealisasikan aktiviti tahunan Sekolah Menengah Berakas bagi tahun 2009.

 

Peserta yang mengikuti pertandingan ini seramai 23 orang pelajar. Oleh kerana ramai yang menyertai pertandingan ini, maka saringan telah dibuat dan seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti peringkat akhir pertandingan ini.

 

Jabatan ini telah menyediakan hadiah-hadiah bagi pemenang pertama hingga ketiga beserta sijil. Manakala peserta yang selebihnya hanya akan diberikan sijil penyertaan.

 

Hakim-hakim yang terpilh adalah guru-guru dari Sekolah Menengah Berakas iaitu :

  1. Cikgu Hj Tarip bin Hj Metassan [Jabatan Lukisan]
  2. Cikgu Hj Halim bin Hj Abdullah [Kauseling]
  3. Cikgu Norliza binti Akub [Jabatan MIB]

 

Di sini saya sebagai Ketua Jabatan Sastera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat telah sama-sama menjayakan aktiviti ini dan setinggi penghargaan ditujukan kepada guru-guru siswazah dari Universiti Brunei Darussalam yang sanggup membuat sketsa puisi dengan amat baik sekali.

 

Di bawah ini dapat kita saksikan bersama gambar-gambar yang diambil semasa pertandingan syair dijalankan.

 

Pengenalan Novel Pengabdian